MALAYSIAKINI
Ketika mesyuarat kabinet Jumaat lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dilaporkan memberi kata dua kepada menterinya - mengikut
pendekatan diambil atau meletak jawatan jika tidak bersetuju dalam isu
1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bagaimanapun, bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan
berpendapat pendirian Najib itu tidak boleh diterima dan bertanya jika
perdana menteri cuba mengugut menterinya.
"Kita mesti bertanya sama ada wajar untuk perdana menteri memberi
pilihan begitu kepada menteri kerana ia bermakna tiada sesiapa boleh
mempersoalkan keputusan beliau. Kabinet mesti menyelesaikan isu ini.
"Adakah beliau lemas dengan kenyataan daripada kabinetnya? Adakah ia dapat diterima oleh menteri?" katanya.
Ambiga yang menaungi pertubuhan bukan kerajaan Negara Ku berkata,
situasi akan berbeza jika kata dua Najib diberi dalam isu dasar.
Misalnya, kata Ambiga, dalam isu penghapusan hukuman mati.
"Tapi situasi sekarang ialah mengenai persoalan tak terjawab di sekeliling 1MDB," katanya kepada Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan