THE RAKYAT POST
Wan Ahmad Nizam
mencadangkan FAM menilai semula perlawanan sepanjang Ramadan, bagi
menghormati bulan puasa, selain majoriti pemain beragama Islam. - Foto
arkib Bernama
KUALA TERENGGANU- Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji balik sama ada perlu mengadakan perlawanan ketika Ramadan pada musim depan.
Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan
Hamid berkata, FAM perlu menilai semua perkara itu, bagi menghormati
bulan puasa, selain majoriti pemain beragama Islam.
Beliau berpendapat, FAM sepatutnya
membatalkan semua perlawanan sepanjang Ramadan ini, bukan hanya
membenarkan sesetengah negeri menunda perlawanan.
“Kita telah sepakat untuk menyatakan
bantahan kepada FAM, berhubung pelaksanaan perlawanan bola sepak
sepanjang bulan puasa dan kita harap pada musim depan FAM dapat satu
keputusan yang terbaik.
“Kalau permohonan Kelantan (untuk menunda
perlawanan) boleh diterima, mengapa kebenaran menunda perlawanan tidak
diberikan kepada semua negeri dan ia perlu dilakukan demi menghormati
bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
Jelasnya,
ketika pemain rancak beraksi di tengah padang pada perlawanan pertama
Terengganu menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu lalu, orang
ramai masih menunaikan solat tarawih.
Wan Ahmad Nizam berkata, walaupun hanya
sunat melakukan solat tarawih, namun sebagai umat Islam, bulan mulia ini
harus dihormati.
“Kita harap para pemain dapat menunjukkan
prestasi terbaik, bagi menghabiskan baki perlawanan yang ada sepanjang
bulan ini…dan FAM dapat menilai kembali perkara ini,” katanya.
Dalam perlawanan Sabtu lalu, Skuad Penyu tewas 0-1 kepada pasukan pelawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan