MALAYSIAKINI
Ketika media dan pelbagai pihak mula memikirkan isu 'kata dua' diberi
Datuk Seri Najib Razak kepada anggota kabinetnya, Naik Presiden PKR
Rafizi Ramli pula beranggapan tiada perubahan berlaku selepas ini.
Menurut Rafizi (gambar), sebarang 'gegaran susulan' hanya memberi kesan sedikit saja.
"Saya secara peribadi tidak fikir gesaan untuk keluar dari kabinet akan membawa sebarang perubahan.
"Konsep bertanggungjawab secara kolektif dan peletakan jawatan kerana
perbezaan polisi adalah untuk kabinet yang dianggotai tokoh bermaruah
dan tiada di sini," katanya kepada Malaysiakini.
Ahli Parlimen Pandan itu memberi komen kepada laporan perdana menteri
yang memberitahu anggota kabinet supaya meletak jawatan jika berbeza
pendapat dalam isu 1MDB.
Bagaimanapun, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz
berkata, tiada kata dua diberikan Najib, sebaliknya perdana menteri
menekankan keperluan semua menteri bersatu dalam isu berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan