Oleh Alyaa Alhadjri
Mendengar kata-kata pemimpin de facto Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara supaya gabungan pembangkang bangkit seperti phoenix daripada abu, PKR kini sedang dalam usaha membuat pakatan baru dengan pihak yang berkongsi matlamat bersama menjatuhkan Barisan Nasional.
Naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Semut Harian
yang parti itu mengekalkan pendirian “semua hubungan rapat”, sehingga
keputusan akhir di capai di antara DAP dan PAS tentang kerjasama di
masa hadapan.
“DAP telah menerima fakta yang ia telah mengeluarkan kenyataan terburu-buru,” kata MP Batu itu, merujuk kepada keputusan terbaru parti untuk memutuskan ikatan dengan PAS dan mengumumkan ‘kematian’ Pakatan Rakyat.
Setiausaha
agung DAP Lim Guan Eng berkata yang parti itu hanya mengikut
keputusan yang telah dibuat oleh PAS sebelum ini yang dilakukan semasa
penggulungan muktamar, walaupun kepimpinan pusat PAS yang kini
didominasi golongan ulama kemudiannya menekankan yang keputusan masih
belum disahkan oleh Majlis Syura dan jawatankuasa kerja pusat.
MP
Batu itu antara pemimpin PKR yang menghadiri majlis berbuka puasa yang
dianjurkan oleh MP Tumpat Kamaruddin Jaafar di rumahnya pada 23 Jun,
bersama beberapa orang pemimpin DAP dan sekumpulan pemimpin progresif
PAS yang dikenali sebagai G18.
MP
Seputeh Teresa Kok kemudiannya berkongsi gambar perjumpaan tersebut dan
ia mencetuskan khabar angin bahawa perbincangan lanjut sedang berlaku
untuk pembentukan pakatan Pembangkang baru untuk menggantikan Pakatan.
Dalam catatan Facebooknya, Kok berkata yang pertemuan itu “memberikan harapan” kepada pembentukan Pakatan 2.0.
“Inilah kali pertama saya menyaksikan PAS yang progresif bersatu padu,” katanya.
G18
ialah kelompok pemimpin PAS yang semuanya ditewaskan dalam penentangan
berdepan dengan kelompok konservatif dalam pemilihan parti baru-baru
ini dan sudah wujud cakap-cakap yang mereka sedang dalam proses
menubuhkan parti baru, yang akan diumumkan tidak lama lagi selepas
sambutan Aidilfitri.
Presiden NGO
yang mempunyai kaitan dengan PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PasMa) Phahrolrazi Zawawi juga baru-baru ini berkata yang
ahli-ahlinya akan bergabung tenaga dengan pemimpin-pemimpin G18 untuk
menubuhkan parti baru.
Apabila
ditanya adakah PKR akan terpaksa memilih untuk bekerjasama dengan PAS
atau mana-mana parti baru yang akan ditubuhkan, Tian Chua bagaimanapun
berkata: “Jangan buat spekulasi. Tidak bagus buat begitu. Jangan masuk
campur urusan orang lain.”
“Setakat yang kita (PKR) tahu, kita mahu bekerja dengan sesiapa sahaja yang menentang BN,” tekannya.
Antara
pemimpin golongan progresif yang menghadiri majlis berbuka puasa itu
ialah bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Salahuddin Ayub, bekas ahli jawatankuasa kerja pusat Mujahid Yusof
Rawa, bekas pengarah pemilihan parti Dr Hatta Ramli dan bekas ketua
pemuda Suhaizan Kaiat.
Kepimpinan
PAS kini yang didominasi golongan ulama di bawah teraju presiden Abdul
Hadi Awang dikatakan lebih terbuka kepada cadangan pembentukan kerajaan
bersatu Melayu-Islam dengan Umno, tindakan yang ditolak oleh pemimpin
kelompok progresif yang juga merupakan pro-Pakatan Rakyat.
Dengan
kehancuran Pakatan Rakyat dan tambahan pula kedua-dua DAP dan PAS
kelihatan telah bersetuju untuk terus bekerjasama dengan PKR-
nampaknya parti itu mempunyai kelebihan untuk menentukan masa depan
pakatan Pembangkang Malaysia.
Ini
meletakkan PKR dalam kedudukan penting untuk menentukan parti mana akan
terus kekal dan parti mana akan disingkirkan, memandangkan PAS dan DAP
nampaknya sudah tidak boleh berkerjasama lagi.
PAS juga nampaknya sukar untuk bekerjasama dengan PKR jika parti itu memilih untuk menerima serpihan PAS sebagai rakan pakatan.
Mungkin
memikirkan perkara ini PKR dengan berhati-hati telah berkata yang ia
terbuka untuk berkerjasama rapat dengan pihak lain selain parti politik
sedia ada bagi membentuk masa depan baru.
Dalam
kenyataannya yang menerima kehancuran Pakatan, presiden PKR Dr Wan
Azizah Wan Ismail berkata yang parti itu akan mencari rakan strategik
baru terdiri daripada parti politik, kumpulan masyarakat sivil dan
pemimpin yang berpengaruh.
Walaupun
PKR masih menahan diri daripada melakukan keputusan sukar untuk
memilih, semakin menarik untuk terus diberikan perhatian kepada
tindakannya dalam masa terdekat , jika semua usaha untuk mengekalkan
Pakatan gagal. - See more at: http://bm.theantdaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan