MALAYSIAKINI
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempertimbangkan untuk
mendedahkan dapatan siasatannya berkaitan 1MDB setakat ini kepada umum.
Naib pengerusinya Tan Seng Giaw memberitahu pemberita, antara perkara
dipertimbangkan sama ada ia ia boleh dilakukan daripada aspek
undang-undang dan bahagian mana yang boleh diumumkan.
“Media sosial ada pelbagai versi tentang kisah 1MDB. Orang awam mahukan kebenaran.
“Oleh itu kami tampil hari ini, untuk beritahu mereka bahawa kami sedia teruskan kerja.
"Kami mungkin biarkan orang ramai tahu apa hasil inkuiri kami setakat ini,” katanya.
Tan berkata demikian dalam sidang media di bangunan parlimen di ibu negara hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan