HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Ogos 2015

Azalina: Ini asam garam dunia politik

Azalina Othman
Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM – “Ini asam garam dalam dunia politik,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Seri Azalina Othman Said ketika diminta mengulas mengenai kenyataan adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan bukan maksiat yang didakwa dikeluarkan oleh beliau.

Menurut Azalina yang juga merupakan Ahli Parlimen Pengerang, kenyataan beliau seperti yang disebarkan menerusi media sosial dan media massa telah disalah tafsir oleh semua pihak.

Azalina dalam satu laporan sebuah portal baru-baru ini didakwa memberikan kenyataan bahawa isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.

Tampil memperjelas semula kenyataannya, Azalina berkata, dalam Mesyuarat Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang diadakan pada 2 Julai lalu, beliau hanya mengadakan perbincangan secara terbuka dan menggariskan beberapa perkara berkaitan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Saya berpendapat bahawa Finas perlu membuat kunjung hormat ke LPF untuk membincangkan secara terbuka garis panduan dengan lebih lanjut.

“Kajian lebih mendalam diperlukan untuk mengkaji  keperluan untuk meletakkan satu Lembaga Penapisan yang baru di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar isu penapisan industri kreatif lebih spesifik,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim Elias tegur Azalina]

Beliau dalam pada itu turut menafikan menentang keputusan LPF yang mengeluarkan satu pekeliling mengenai garis panduan khusus penapisan filem.

“Saya hanya memberi pendapat bahawa perlunya satu dialog secara terbuka di antara pemain industri kreatif dibawah Finas dengan LPF untuk mencari penyelesaian jangka panjang untuk  membantu isu garis panduan. Itu sahaja,” katanya.


Tiada ulasan: