HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Ogos 2015

BIARLAH KARTUN BUAT LAWAK JENAKA

shahbudindotcom

 


 
Selepas Gani Patail dilucutkan jawatannya sebagai Peguam Negara bersekali dengan pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Selasa lalu,  kini berlaku dua perkara lagi yang membingungkan orangramai.

Jika penangkapan penghantar surat atau despatch sebelum ini sudah cukup membuatkan kita pening kepala memikirkan apa logiknya dengan siasatan berbilion-bilion hengget itu, apa yang berlaku hari ini mungkin menyebabkan Panadol habis dijual di seluruh negara.

Pertama, seorang berpangkat Tan Sri yang merupakan bekas penasihat SPRM ditahan berhubung siasatan skandal 1MDB.

Kedua, seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara turut ditahan, juga berkaitan siasatan terhadap 1MDB dan Najib Razak yang didakwa dengan pengaliran masuk wang RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.

(Terkini - Menurut laporan The Malaysian Insider, selain dua individu terbabit, seorang lagi yang berpangkat timbalan pendakwaraya SPRM turut ditahan petang tadi menjadikan jumlah tangkapan hari ini ialah seramai tiga orang. 

Individu terbabit dikenali Ahmad Sazilee Abdul Khairy yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara.

The Malaysian Insider juga mendedahkan dua individu yang ditahan pagi tadi ialah Tan Sri  Rashpal Singh dan Jessica Sidhu. Siasatan keatas mereka ialah berkaitan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.)

Pasukan petugas khas yang menyiasat Najib dan 1MDB dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan juga SPRM tetapi kini di kalangan mereka sendiri turut ditahan untuk membantu siasatan.

Tak pening kepala ke?

Maaflah, tak boleh tulis panjang-panjang sebab nak pergi banyak jamuan "open house" hari ini...hehhehe.

Sementara itu biarlah kartun ilham Zunar ini yang berbicara dan membuat lawak jenakanya.
 
 

Tiada ulasan: