AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Hukum kum merokok
terpakai untuk isu e-rokok kerana qiyas kepada rokok sebenar dan
kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat
daripada merokok itu sendiri. Foto hiasan TRP
KUALA LUMPUR, Penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali sebagai Vapor adalah haram berdasarkan daripada kenyataan dan juga nas.
Perkara itu disahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Menurutnya, hukum merokok terpakai untuk
isu rokok elektronik kerana qiyas kepada rokok sebenar, kenyataan pakar
menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok
itu sendiri.
Malah, katanya, ia merupakan asas
pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya atau keburukannya tidak
boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan
badan-badan berkuasa.
“Merokok satu pembaziran, meniru budaya
yang bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah serta terdapatnya fatwa
ulama yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini.
“Justeru, kami berpendapat seperti itu
juga. Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya
sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram,” katanya
dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Mufti Wilayah
Persekutuan dan laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hari
ini
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/04/e-rokok-haram-dr-zulkifli/#ixzz3hqianIx4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan