Ekonomi Malaysia Terkini : Pakar Ekonomi Kata Kejatuhan Ringgit Malaysia Tidak Bantu Eksport Malaysia!
Dengan
keadaan ekonomi Malaysia yang sudah bergelora sekarang ini, Najib Razak
terpanggil untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi dengan harapan ia
mampu memastikan pertumbuhan dan momentum ekonomi Malaysia berada di
landasan yang betul dengan cabaran yang mendatang.
Ok baik. Cuma Berita Semasa ingin
bertanya, apa sudah jadi dengan National Economic Council? Nah…sekarang
najib Razak mahu tubuhkan satu lagi Jawatankuasa? Bagaimana pula dengan
PEMANDU di bawah Idris Jala?
Untuk keadaan ekonomi Malaysia
sekarang, ya untuk kakitangan kerajaan, hujung bulan dapat gaji. Cukup
tahun dapat kenaikan gaji tahunan. Bagi kakitangan swasta, sekarang ada
kerja sangat bernasib baik dalam keadaan ekonomi negara hari ini. Dapat
VSS pun kira baik dari syarikat tutup dan tidak mampu bayar pampasan
kepada pekerja. Atau majikan timbulkan masalah, dengan harapan pekerja
berhenti sendiri. Minta dijauhkan…..tetapi apa sahaja boleh berlaku.
Teori ekonomi akan mengatakan apabila
ringgit lemah, eksport akan meningkat dek kerana kos menjadi murah
kepada pengimport. Tetapi realitinya tidak berlaku sekarang ini.
P/S : Mungkin Najib Razak boleh luangkan masa jenguk-jenguklah dan membaca kenyataan adiknya di Instagram.
- Ekonomi dunia secara keseluruhan lembab.
- Risiko syarikat tutup dan kehilangan pekerja cukup tinggi
- di mana tidak membebankan rakyat?
PP/S : Buatlah jawatankuasa lain sekalipun, akhirnya hasil keputusan tersebut dipulangkan semula kepada Najib Razak, agak-agak pelabur akan berkeyakinan semula?
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan