BERITA SEMASA
Harga Rumah Turun Malaysia Untuk RM500,000 Ke Atas Turun. Ekonomi 2015 Semakin Mencabar!
Ramai penganalisis ekonomi mengatakan
tahun ini dan tahun hadapan adalah tahun-tahun yang mana sentimen untuk
majoriti rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak berbanding untuk mereka
berbelanja.
Sudah pastinya ia memberikan sesuatu impak yang besar termasuklah juga kepada industri hartanah di Malaysia.
Trend harga rumah turun sudah
menunjukkan rekodnya berdasarkan perbandingan yang dilakukan melibatkan
suku tahun pertama bagi tahun 2014 dan 2015 apabila kadar harga rumah turun antara 3%-4%
Punca Harga Rumah Turun di Malaysia?
- nilai ringgit semakin jatuh teruk
- peningkatan hutang isi rumah rakyat Malaysia
- kejatuhan harga rumah komoditi
- peningkatan perbelanjaan dek kerana kos sara hidup semkain melonjak tinggi
- pengenalan GST 6%
- jumlah permintaan pembelian untuk rumah RM500,000 tidak memberangsangkan menyebabkan pemilik rumah kediaman yang tidak mampu menanggung bayaran bulanannya akan terpaksa menurunkan harga rumah tersebut bagi melariskan unit kediamannya sebelum ia terpaksa dilelong
Walaubagaimanapun, jikalau anda
merupakan pembeli rumahpertama boleh mengambil peluang untuk beli rumah
yang berharga RM300,000 dan ke bawah.
Jikalau dahulu, pemaju adalah raja
dek kerana mereka tidak mengendahkan rintihan anda dek kerana begitu senangnya buat loan rumah dikalangan
peminjam di Malaysia sehingga menyebabkan permintaan melebihi pembinaan
unit rumah sekaligus menyebabkan gelombang kenaikan harag rumah di
Malaysia begitu mendadak antara tahun 2011-2013.
Tetapi sekarang tidak lagi. Semakin
banyak agen dipasang, majlis makan-makan diadakan oleh pemaju, sms
bersilih ganti masuk ke telefon anda.
Berita Semasa jangkakan akan ada
lebih banyak unit-unit premium yang akan masuk dalam senarai rumah
lelong tidak lama sahaja lagi. Perhatikan daripada masa ke semasa dan
terus bersabar, Insyaallah harga rumah turun untuk unit-unit idaman anda
menjadi realiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan