HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Ogos 2015

KDN sahkan tiga individu hanya disiasat bukan ditangkap

 
Mereka dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.


Ahmad-Zahid-Hamidi_1mdb_sprm_600


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengesahkan hanya menyiasat tiga individu pada Sabtu, bukan menangkap sebagaimana yang dilaporkan media.

Menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung maklumat 1MDB

“Tangkapan dan siasatan itu dibuat adalah berdasarkan laporan polis untuk mencari maklumat. Adakah ia datang dari orang-orang tertentu dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) atau dari Jabatan Peguam Negara atau dari Bank Negara Malaysia (BSM),” katanya.

Jelasnya lagi, jika kebocoran itu datangnya dari pihak PDRM sekalipun, mereka tidak akan terlepas dari tindakan untuk diambil kenyataan.

“Di dalam ini, fokus siasatan adalah disebabkan mengenai kebocoran maklumat,” ujarnya.

Tiga individu yang dilapor ditahan ialah Bekas Ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Datuk Rashpal Singh; Ahli Sekretariat Kewangan dan Pentadbiran AMLA (Pasukan Petugas Khas), Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Tiada ulasan: