MSO
Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mengelidah ibu pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyiasat beberapa
orang pegawai tingginya berjam-jam memunculkan satu senario dan sejarah
baharu dalam negara ini.
Tindakan PDRM itu yang dibawah kawalan menterinya Ahmad Zahid Hamidi,
yang baharu dilantik menjadi TPM memberi persepsi busuk terhadap negara
ini, bahawa badan bebas (SPRM) itu kini seolah-olah bukan bebas lagi
atau pun cuba dimonitor mengikut pihak berkuasa.
Dalam hubungan itu juga orang melihat Zahid Hamidi telah memainkan
peranan sewajarnya sesuai dengan "ghanimah" yang diperolehinya. Zahid
dianggap menjadi alat yang baik.
Sejarah ini bakal menjadi sebutan dan iktibar dimasa
hadapan kerana sejak negara merdeka dan kewujudan badan berkenaan, (SPRM
dulu Biro Siasatan Negara kemudian Badan Pencegah Rasuah (BPR) inilah
baru ia berhadapan dengan satu keadaan tertekan, memalukan dan
menyebabkan integriti badan itu sendiri rosak. Tindakan polis yang
membuat serbuan dan siasatan seakan mencorengkan arang ke muka SPRM.
Ia bermula dengan penahanan bekas penasihat SPRM, Rashpal Singh yang
kemudian diikuti dengan penahanan dan siasatan ke atas Pegawai
Pendakwanya, Ahmad Sazalee Abdul Khairi yang dilakukan beberapa jam.
Penangkapan itu diperluaskan lagi dengan siasatan terhadap Pengarah
Operasi Khas Bahrin Mohamed Zin, dimana Bahri bukan sahaja terkejut
dengan penahanan beliau itu tetapi disifatkan sebagai satu perbuatan
"gila". Bahri menyalahkan ada pihak lain yang mengarah polis.
Selain Bahri, Pengarah Forensi SPRM, IG Chandra juga menerima nasib
sama. Dan terbaharu timbalan pengarah Operasi Khas, Tan Kang Sai juga
disiasat sama. Penahanan Kang Sai menjadikan pegawai SPRM ketujuh yang
ditahan dan disisat polis.
Memang seperti kata Bahrin tindakan polis menyiasat para pegawai SPRM
itu sebagai satu tindakan gila. Tindakan polis itu akan diterjemahkan
umum sebagai satu tindakan terdesak oleh pihak tertentu yang menggunakan
kuasa polis bagi menyelamatkan dirinya. Tindakan itu juga menyebabkan
ia akan dilihat bahawa SPRM seolah-olah menjadi musuh baru kepada
Perdana Menteri yang waktu ini menghadapi krisis keyakinan yang teruk.
Dalam pada itu hari ini dibayangkan pula dua orang penting SPRM termasuk
Pengerusinya Abu Kassim Mohamed dan timbalannya Mohd Sukri Abdull
diminta bercuti. Arahan itu sudah tentu bagi membolehkan polis terus
mengelidah dan menyiasat pegawai SPRM tanpa ada had dan batasnya.
SPRM diserang dan dilanggar polis ekoran badan itu menyiasat berhubung salah laku dana 1MDB yang dikaitan dengan Najib Razak.
Adalah satu yang amat aneh, pegawai SPRM dari badan bebas dan telus
diberi tanggungjawab membenteras rasuah dan penyelewengan tetapi ditekan
oleh polis. Tindakan untuk meminta kedua orang penting itu bercuti,
tepat seperti mana disifatkan oleh sebuah portal berita ia sebagai untuk
melumpukan siasatan SPRM ke atas syarikat SRC International Sdn Bhd
berhubung dengan dana RM4 billion yang dikaitkan dengan Najib.
Sehingga kini sudah tujuh pegawai dan pengarah SPRM disiasat oleh polis.
SPRM sendiri tertekan dengan tindakan polis itu dimana ia boleh
menjejaskan reputasi dan maruah badan berkenaan yang dianggap sebagai
bebas. Tindakan kakitan badan itu yang mengadakan solat hajat
menjelaskan apa yang sedang berlaku kini, bahawa kakitangan SPRM kini
benar-benar dalam keadaan tertekan.
Upacara solat hajat itu bolehlah disifatkan sebagai badan itu mencari
kekuatan spiritual untuk meneruskan tugas dan amanah yang dibebankan ke
atas mereka selepas mereka meragui atau hilang kepercayaan kepada
ketelusan kerajaan ke atas mereka. Upacara itu juga memberi gambaran
mereka tidak lagi berharap kepada kerajaan membantu mereka, maka mereka
terpaksa menyerahkan kebijaksanaan dan perlindungan daripada Yang Maha
Esa.
Apakan SPRM selepas akan diam daripada terus melaksnakaan tugas dan
tanggungjawabnya? Inilah yang merisaukan rakyat. Sekiranya SPRM
mengambil sikap menarik brek dan membiarkan apa yang berlaku mengikut
kehendak individu tertentu dalam kerajaan badan itu akan hilang
kreadibiliti dan wajar kalau Najib berfikir untuk membubarkannya. Tidak
ada guna lagi SPRM wujud kalau ia sekadar untuk dijadikan lambang
ketelusan dan keberanian.
Tidak ada guna badan itu wujud sedang tugas dan tanggungjawab yang
diserahkan kepada mereka yang dibentuk oleh kuasa rakyat (Parlimen),
tidak dapat berfungsi dengan baik dan "diceduk" tengah jalan. Kita
percaya kakitangan SPRM juga tertekan dan malu dengan apa yang menimpa
agensi berkenaan.
Bagaiman pun sekiranya kakitangan SPRM, bermula dari Pengerusi, timbalan
pengerusi dan pengarah serta pegawainya tetap berpegang kepada piagam
perkhidmatan mereka, akur kepada sumpah dan janji perkhdimatan, mungkin
negara akan dapat menyaksikan atau mencatat sejarah bagaimana SPRM
mencatat rekod sebagai sebuah badan yang menyelamatkan Malaysia dari
musnah kerana kerakusan kuasa pemerintah.
Dan atas ketegasan dan keberanian itu kelak sudah pasti SPRM akan
disanjung sebagai sebuah badan penyelamat nasib negara ia dianggap lebih
berjasa daripada polis.
Justeru adalah wajar dirasakan kalau semua rakyat Malaysia memberi
sokongan moral kepada SPRM dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
mereka. Jika perlu mungkin satu perarakan rakyat diadakan sebagai
menyokong atas keberanian dan kebertanggungjawsab SPRM tanpa mengira
bulu.
Tepat sekali saranan dan pertegasan MB Selangor Azmin Ali, tindakan
polis menahan dan menyiasat pegawai SPRM itu sebagai menganggu tugas
SPRM seperti mana disebut dibawah Sekeyen 48 Akta SPRM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan