HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Ogos 2015

Khir Toyo sedang dirawat di IJN

MALAYSIAKINI

 


Bekas menteri besar Selangor, Mohd Khir Toyo sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara hari ini.

Mahkamah Persekutuan dijadual mengumumkan keputusan rayuan kes rasuah terhadapnya esok.

Beliau dikatakan rebah ketika berjoging awal pagi ini, dikatakan akibat serangan jantung.

SuaraTV diperolehi gambar beliau berbaring di atas katil hospital.

Semakan Malaysiakini dengan IJN mengesahkan bahawa bekas ADUN Sungai Panjang itu sedang dirawat di institut jantung tersebut.

Beliau ditempatkan di tingkat 2, demikian menurut seorang kakitangan hospital tersebut. [Baca berita penuh/asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan Khir dikejarkan ke Hospital Selayang setelah rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7 di Shah Alam pagi ini.

Sumber daripada pejabat Mohamad Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, beliau (Dr Mohamad Khir) yang pulang daripada aktiviti itu tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan keluarganya panik dan menghubungi ambulans.

Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Dr Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.

"Setakat pukul 6 petang tadi, keadaan beliau telah stabil dan sudah boleh bercakap namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," kata sumber itu kepada Bernama.

Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya mengenai rayuan Mohamad Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadap beliau bagi tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni dalam 2007.


1 ulasan:

Unknown berkata...

kata makhluk ni dok lokap...ni ade kat rumah pulak... kalu mampos makhluk ni tanam dgn rumah2 banglo dan tanah2 rakyat yg dia rembat dulu... dah tak lama lagi tu nak kena godam...