HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Ogos 2015

Kita tak ada presiden rompak duit rakyat'


'Kita tak ada presiden rompak duit rakyat'
Datuk Abdul Rahman Dahlan (tengah) sedang menghidangkan juadah kuih-muih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak (kiri) pada majlis Aidilfitri kementeriannya di Dataran Gemilang, Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN. 
 
 
PUTRAJAYA - Satu siasatan terperinci harus dilakukan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak apabila timbulnya fitnah dan tohmahan ke atas Perdana Menteri itu yang melibatkan kepentingan umum.
 
Demikian kata Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan sambil menegaskan Umno tidak boleh menerima seorang presiden yang merompak wang rakyat.
 
"Kita tak nak seorang presiden yang merompak duit rakyat, kalau terbukti, dia terpaksa tak boleh jadi presiden.
 
"Bila ada tohmahan, bila ada fitnah, maka kita harus pastikan siasatan terperinci harus dibuat.
 
"Itu yang saya mahukan," katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan di Dataran Gemilang, di sini, hari ini.
 
Terdahulu, Abdul Rahman dalam Program Dialog disiarkan di TV1 malam tadi, beliau menegaskan seandainya wang derma disalurkan ke akaun Perdana Menteri itu melanggari undang-undang, maka tindakan terpaksa diambil.
 
Sebelum ini, SPRM dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib adalah dana sumbangan derma dan bukannya daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Katanya juga, beliau sendiri dan ahli Umno akan menjatuhkan Najib jika terbukti berlaku salah laku tersebut.
 
"Kalau betullah Presiden Umno, tak kira siapa pun, kalau dia merompak dan mencuri, tak payah Claire Brown, tak payah Sarawak Report, tak payah Wall Street Journal.
 
"Kita akan jatuhkan dia, kita akan turunkan dia sebagai presiden atas dasar prinsip parti," ujarnya.
 
Ditanya tentang kewujudan wang derma tersebut sudah dimaklumkan kepada Mjalis Tertinggi Umno, beliau bagaimana pun berkata parti hanya memberikan kebenaran untuk presidennya mencari sumbangan.
 
"Dalam Umno, kita memberi ruang kepada Presiden mencari dana.
 
"Jadi ada seakan kelulusan kepada Presiden Umno untuk mencari dan mengumpul dana atau sumbangan," katanya lagi.
 
 

Tiada ulasan: