HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Ogos 2015

Laporan palsu undang persepsi negatif terhadap PM - Ahmad Zahid

ANTARAPOS,COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan laporan terbaru Sarawak Report kononnya Pejabat Peguam Negara mengeluarkan surat arahan menangkap dan mendakwa Datuk Seri Najib Razak, sebagai laporan jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap Perdana Menteri. 
 
"Peguam Negara sudah menafikan perkara ini dan beberapa pegawai di Pejabat Peguam Negara juga sudah sahkan tiada dokumen sebegitu dikeluarkan," katanya pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi. 
 
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan lanjut terhadap Sarawak Report. 
 
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown melalui penerbitan laporan itu jelas melanggar undang-undang. 
 
"Kita sudah menerima beberapa laporan polis berhubung perkara ini dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan iaitu sebarang tindakan yang boleh mengancam demokrasi berparlimen," katanya.
 
 

Tiada ulasan: