Mustapha Yaakub
SHAH ALAM - Melayu akan menjadi bangsat jika usaha menjatuhkan
kepimpinan tertinggi negara berjaya dan menyebabkan Umno terkubur.
Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, sekiranya Umno dan kepimpinan negara jatuh, ia akan turut membawa kesan sehingga Melayu akan kehilangan kuasa di negara sendiri.
“Melayu hanya akan tinggal nama jika Umno jatuh. Ini lah yang sedang dilakukan oleh kuasa luar yang cuba nak menghapuskan kuasa Melayu.
“Isu 1Malaysia Development Berhad adalah alat untuk menyerang Melayu dan menjatuhkan kuasa Melayu. Kuasa Melayu boleh jatuh jika Umno hancur dan Umno akan hancur jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditumbangkan,” katanya, semalam.
Beliau berkata, ada cakap -cakap jika Najib ditumbangkan, tidak semestinya Umno hancur.
“Itu andaian salah kerana ia bermula daripada kejatuhan Najib,Umno akan turut hancur melihatkan kepada perkembangan hari ini.
“Keadaan ini berbeza dengan keadaan sebelum ini, contohnya keadaan yang berlaku apabila Datuk Onn Jaafar keluar Umno dan tubuh Parti Negara, biro agama Umno yang keluar dan tubuhkan Pas dan parti Semangat 46 kerana ketika itu kuasa luar tidak berminat untuk campur tangan dalam Umno.
“Sekarang ada yang kurang senang dengan kejayaan Melayu dan mahu menghancurkannya,” katanya.
Menurutnya, bangsat yang dimaksudkan Najib ialah orang Melayu menjadi bangsa yang majoriti namun diperalatkan oleh kaum minoriti.
“Orang Melayu pada ketika ini ada 65 peratus, tetapi telah jadi minoriti kerana sudah berpecah kepada Melayu umno, Melayu Pas dan Melayu PKR," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan