HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Ogos 2015

Mohamad Hasan buat penjelasan selepas dikritik komponen BN

 
Mohamad membuat penafian itu selepas pemimpin MIC dan MCA mempertikai kenyataannya seperti dilaporkan media.


hassan,bn


PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan beliau membuat kenyataan bahawa tidak perlu diberi kerusi kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Mohamad sebaliknya menjelaskan, kenyataannya sebelum ini bermaksud UMNO Negeri Sembilan perlu menang kesemua 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mendapat majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri.

“Kalau menang 22 kerusi, boleh tubuh kerajaan seperti yang ada sekarang.

“Kalau parti komponen yang lain tak nak kerja kuat dan kalah apa nak buat…nak mati, matilah,” katanya menerusi Facebook.

Kenyataan ringkas Mohamad dalam Facebook itu bagi mengulas pertikaian di kalangan pemimpin BN di negeri itu.

Sorang pemimpin MIC dilaporkan mempersoalkan kenyataan Mohamad. Begitu juga beberapa pemimpin MCA yang meluahkan kurang senang dengan kenyataan itu.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan dilaporkan berkata UMNO dapat memerintah Negeri Sembilan tanpa bantuan parti komponen BN lain.

Sementara itu, Sinchew Daily melaporkan Mohamad sebagai berkata, lebih baik memberi Senator kepada parti komponen BN memandangkan parti berkenaan akan kalah walaupun ditawarkan kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya.

Tiada ulasan: