PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Majlis
Penasihat dan Perundingan Wanita (MPPM) yang akan bertindak sebagai
badan penasihat dan perunding utama kepada kerajaan mengenai pembangunan
wanita.
Perdana Menteri berkata, MPPM akan memastikan agenda pemerkasaan wanita selaras dengan hala tuju negara dan menambah baik dasar sedia ada.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 di sini.
Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan watikah kepada 18 wanita yang dilantik menjadi ahli Majlis itu, terdiri daripada tokoh yang pakar dalam pelbagai bidang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan