Usul Pemuda desak Najib letak jawatan hanya dari satu cawangan, kata Khairy
Ketua Pemuda Umno itu berkata, usul sedemikian tidak datang daripada Pemuda Umno Bahagian tetapi tetap akan dibawa untuk perhatian Najib pada masa akan datang.
"Usul itu datang dalam bentuk usul tergempar daripada satu cawangan. Perkara itu pun saya dah maklumkan pada presiden.
"Saya kata, ini adalah usul yang tidak dirancang oleh Pemuda Bahagian tetapi datang daripada satu cawangan. "Tetapi semua ini kita akan bawa kepada perhatian presiden," katanya pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Dato' Onn petang ini.
Mengulas mengenai cadangan Umno bahagian Keningau yang mahu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan presiden Umno, Khairy berkata jawatan berkenaan bukanlah atas faktor lantikan.
Katanya, jawatan timbalan presiden Umno merupakan jawatan yang dipilih oleh ahli parti dan Pemuda tetap menghormati Muhyiddin.
"Kita dah buat pendirian. Pemuda mengakui dan masih menghormati Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno," katanya.
Ditanya mengenai desakan pihak tertentu yang mahu pemilihan Umno dijalankan pada tahun ini, Khairy berkata pandangan Pemuda Umno akan diperoleh kemudian.
Katanya, perkara berkenaan bukan menjadi keutamaan parti pada kali ini dan keputusan Majlis Tertinggi yang menangguhkan pemilihan selama 18 bulan perlulah dihormati.
"Saya minta jangan kita buat apa-apa keputusan dulu. Kita akan tunggu mesyuarat perwakilan Bahagian Umno selesai.
"Selepas itu saya akan minta ketua pemuda Umno negeri minta pandangan kepada Pemuda bahagian sebelum kita buat ketetapan Pemuda Umno.”
Ketua Pemuda Umno itu berkata, usul sedemikian tidak datang daripada Pemuda Umno Bahagian tetapi tetap akan dibawa untuk perhatian Najib pada masa akan datang.
"Usul itu datang dalam bentuk usul tergempar daripada satu cawangan. Perkara itu pun saya dah maklumkan pada presiden.
"Saya kata, ini adalah usul yang tidak dirancang oleh Pemuda Bahagian tetapi datang daripada satu cawangan.
Mengulas mengenai cadangan Umno bahagian Keningau yang mahu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan presiden Umno, Khairy berkata jawatan berkenaan bukanlah atas faktor lantikan.
Katanya, jawatan timbalan presiden Umno merupakan jawatan yang dipilih oleh ahli parti dan Pemuda tetap menghormati Muhyiddin.
"Kita dah buat pendirian. Pemuda mengakui dan masih menghormati Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno," katanya.
Ditanya mengenai desakan pihak tertentu yang mahu pemilihan Umno dijalankan pada tahun ini, Khairy berkata pandangan Pemuda Umno akan diperoleh kemudian.
Katanya, perkara berkenaan bukan menjadi keutamaan parti pada kali ini dan keputusan Majlis Tertinggi yang menangguhkan pemilihan selama 18 bulan perlulah dihormati.
"Saya minta jangan kita buat apa-apa keputusan dulu. Kita akan tunggu mesyuarat perwakilan Bahagian Umno selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan