BERNAMA
FRANKFURT, Vietnam kini mengambil alih kedudukan Malaysia sebagai pengeksport terbesar rantau ini ke Jerman pada separuh pertama 2015.
Angka terkini profil perdagangan Jerman
bagi tempoh Januari-Jun 2015 itu di keluarkan oleh Majlis Perniagaan
Jerman-Asia Pasifik (OAV) yang berpejabat di Hamburg.
Menurut OAV, yang mempromosikan
kepentingan perbadanan Jerman untuk menjalin hubungan perdagangan dan
perniagaan dengan Asia Pasifik, eksport Vietnam ke Jerman pada separuh
pertama 2015 berjumlah 3.862 bilion Euro atau peningkatan sebanyak 38.6
peratus.
Bagaimanapun import Vietnam dari Jerman
pada tempoh yang sama bernilai 922 juta Euro, penurunan satu peratus
berbanding tempoh yang sama sebelumnya.
Eksport Malaysia ke Jerman pada separuh
pertama tahun semasa bernilai 3.482 bilion Euro, meningkat 15.6 peratus
berbanding tahun sebelumnya.
Import Malaysia dari Jerman juga meningkat 7.8 peratus kepada 2.462 bilion euro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan