HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Ogos 2015

Waran tangkap untuk penceramah bebas

 
Sharhan menghadapi perrtuduhan khalwat yang dilakukan bersama pasangannya dua tahun lalu


sharhan


PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang penceramah bebas dan pasangannya kerana gagal hadir pada prosiding kes tuduhan berkhalwat.

Utusan Online melaporkan, penceramah bebas itu, Sharhan Shafie dan pasangannya, Umi Masjuri Hassan menghadapi tuduhan tersebut yang dilakukannya pada dua tahun lepas.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin turut memerintahkan waran tangkap terhadap penjamin mereka, Mohd. Zainuddin Abdul Yamin yang juga gagal hadir pada prosiding itu yang merupakan sebutan pertama kes itu pada Khamis.

Sharhan merupakan penceramah bebas yang terkenal melalui rawatan kaedah Islam dan sering dijemput untuk memberi ceramah di sebuah stesen televisyen.

Tiada ulasan: