HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Disember 2017

Azwan tayang dokumen bukti 'rasuah' Azmin Ali di Instagram

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Biarpun enggan mengesahkan kepada pemberita siapakah pemimpin tertentu yang mewah melampau, selebriti sensasi, Mohamed Azwan Ali bersikap terbuka dilaman Instagram yang dikelola peminatnya.
 
Tanpa selindung, laman Instagram itu mendedahkan pemimpin yang dimaksudkan Azwan adalah abangnya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Melalui rakaman video pendek yang dimuatnaiknya jelas kelihatan sebuah dokumen tertera 'Salahlaku Rasuah dan Kemewahan Melampau Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali - Keluarga Terdekat dan kroni'.
 
Dokumen itulah yang dipercayai dibawa Azwan ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.
 
Selepas kira-kira sejam memberikan keterangan, Azwan keluar menemui pemberita dan enggan menamakan siapakah pemimpin yang beliau dakwa 'hidup mewah melampau'.
 
Azwan terdahulu membuat kejutan apabila tampil di Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017) dan menyatakan ikrar untuk menjatuhkan abangnya, Azmin Ali.
 
Ujar Azwan beliau selama ini berdendam dengan Ahli Parlimen Gombak itu di atas layanan buruk ahli politik itu kepada dirinya dan keluarga selama ini.
 
Azwan juga mendakwa hilang punca pendapatan selepas menyokong perjuangan Azmin sebelum ini. Namun pengorbanannya sia-sia apabila ia tidak dihargai Azmin.
 
Azwan juga berkata tidak kisah jika dilabel sebagai mendapat dedak daripada Umno, meskipun perkara itu tidak benar sama sekali.
 
 

Tiada ulasan: