SHAH ALAM: Sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah buat kali ketiga dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, keadaan itu diibaratkan seperti
'cerai talak tiga'.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata
ahli-ahli parti perlu melakukan kerja mendekati rakyat jika mahu
merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR).
"Jangan sampai bercerai talak tiga. Tak perlu cuba banyak kali untuk
rampas Selangor," katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.
Walaupun Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr
Mohd Khir Toyo, yang juga bekas menteri besar Selangor berikrar mahu
membantu kemenangan BN, Noh bagaimanapun berkata perkara itu masih belum
memadai.
"Ahli perlu keluar kepompong dengan mendekati masyarakat...Itu sebabnya
penting peranan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai perantara antara
kerajaan dengan rakyat yang perlu digerakkan ke seluruh parlimen.
"Jika tak dapat semua kerusi (tetapi) dapat dua atau tiga pun dah
memadai. Setiap pemimpin perlu tumpu kawasan masing-masing," katanya
lagi.
Penguasaan Umno di Selangor gagal dikekalkan selepas ia tewas kepada PR pada pilihan raya umum tahun 2008 dan 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan