Menteri
Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir beramah mesra bersama tetamu
yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Anak Perak di Perantauan bersama
beliau di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor. foto AQIRA AZEMI,
PETALING JAYA – Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad serta
kepemimpinan tertinggi parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedikit pun
tidak menggugat Barisan Nasional (BN) di Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, siri
jelajah parti PPBM itu yang berlangsung di Kamunting semalam tidak
memberi kesan kepada BN.
Beliau percaya rakyat Perak lebih bijak menilai parti mana yang
sentiasa bekerja untuk rakyat dengan parti yang hanya ‘turun’ bagi
memburuk-burukkan kerajaan.
“Saya difahamkan, mereka (PPBM) melancarkan secara besar-besaran
dengan seluruh kepimpinan mereka ke Kamunting, Taiping dengan mesej
utama untuk menyampaikan kepada rakyat Perak bahawa bakal perdana
menteri mereka adalah Mahathir.
“Pendekatan kami di Perak kami tidak turun waktu nak pilihan raya baru istyihar itu dan ini.
“Mereka (rakyat) tahu bagaimana kami bekerja. Kami tidak menanti pada
peringkat akhir, kami berada di pentas-pentas dengan tidak memaki
hamun. Kami berada bersama rakyat,” katanya kepada media ketika
menghadiri Majlis Ramah Mesra Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan
Wilayah Persekutuan Bersama Menteri Besar di sini hari ini. Menteri
Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berucappada Majlis Ramah
Mesra Anak Perak di Perantauan bersam beliau di Taman Medan Petaling
Jaya, Selangor. foto AQIRA AZEMI,
Zambry berkata, BN mengamalkan politik matang dan ia tidak tidak timbul istilah tergugat untuk parti itu di Perak.
Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis tersebut, beliau menyelar
tindakan seorang menteri besar di negeri yang dikuasai pembangkang
apabila cuba memburuk-burukkan negeri yang dipimpinnya sebelum ini.
Katanya, langkah seperti itu tidak menunjukkan kematangan terhadap
diri seorang pemimpin dan ia hanya akan memberi kesan negatif pada
pandangan masyarakat.
“Sepatutnya kita bila jadi menteri besar kena ada adab dan saling menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun kita berbeza parti dan sebagainya tapi saya tidak pernah kata, ‘Perak ada ini, Selangor ada apa?” ujarnya.
Dalam konteks di Perak, beliau hanya akan menceritakan apa yang
berlaku di negerinya tanpa membuat perbandingan dengan negeri-negeri
lain terutamanya yang diperintah pembangkang. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan