SHAH ALAM: Sebuah laman “The Other” didakwa telah memuatnaik capaian ke
dokumen berkaitan laporan kajian persempadanan semula kawasan pilihan
raya.
Laman itu memuatnaik capaian yang kononnya mengandungi 3 jilid laporan
itu yang dikenakan embargo sehingga 28 Mac, memetik laporan FMT.
Laporan kajian akan dibentangkan pada Rabu depan dan Dewan Rakyat
dijangka meluluskan cadangan kajian persempadanan semula kawasan pilihan
raya itu sebelum Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-14.
Semalam Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak
membenarkan wakil rakyat membawa pulang salinan laporan berkenaan.
Namun selepas ahli pembangkang mempersoalkan perkara itu, Pandikar
membenarkan mereka berbuat demikian dengan syarat mereka mematuhi
embargo itu.
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, jika Dewan Rakyat
meluluskan cadangan itu, usul persempadanan semula akan diberi kepada
Agong untuk diluluskan.
Beliau berkata, usul itu sepatutnya diluluskan dua tahun lalu tetapi
tertangguh selepas parti pembangkang membantah dan membawa perkara itu
ke mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan