HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 Mac 2018

Isu terowong Pulau Pinang: Abdul Azeez akan saman pihak guna namanya

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengaitkan dirinya dengan projek terowong dasar laut dan lebuh raya Pulau Pinang.
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu baru-baru dituduh menerima RM3 juta daripada kontraktor projek untuk khidmat rundingan tertentu yang tidak diberikan.
 
Beliau diberikan notis tuntutan oleh peguam kontraktor itu baru-baru ini.
 
Azeez mendakwa beliau menjadi mangsa “guna nama”, situasi yang menyebabkan namanya tercemar teruk menjelang pilihan raya umum akan datang ini, katanya lagi.
 
Bercakap pada sidang media di Hotel Tabung Haji di Pulau Pinang hari in, beliau mengatakan akan menyaman pihak terlibat bagi membersihkan namanya, Tabung Haji dan Umno.
 
“Saya sudah bercakap dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang. Ramai pemimpin pembangkang mengeluarkan tuduhan kepada saya, Tabung Haji dan Umno.
 
“Tabung Haji dan Umno tiada kena mengena dengan perkara ini tetapi institusi ini turut diheret dalam serangan ke atas saya,” katanya.
 
Azzez adalah pengerusi Tabung Haji.
 
 

Tiada ulasan: