KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) akan
menyiasat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Wan Ahmad Najmuddin Mohd
sekiranya ada laporan rasmi dibuat, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Azam
Baki.
“Saya baca laporan dan akan menghormati hasil siasatan polis, untuk melepaskan pegawai kanannya daripada sebarang salah laku.
“Tetapi, jika kami terima maklumat lain, kami pasti akan menilainya,” Azam dipetik berkata.
Beliau juga mengatakan jika laporan dibuat, SPRM akan meminta bantuan
Bukit Aman untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu.
Jumaat lalu, akhbar Australia, Sydney Morning Herald mendedahkan yang
polis Australia merampas AUD$320,000 (RM971,728) daripada akaun Wan
Ahmad kerana disyaki hasil penggubahan wang haram.
Wan Ahmad bagaimanapun tidak akan mencabar rampasan itu untuk
mendapatkan kembali wangnya. Laporan juga menyebut yang Bukit Aman sudah
melepaskannya daripada sebarang tuduhan salah laku selepas siasatan
dalaman dilakukan.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun pula dalam satu kenyataan
mempertahankan Wan Ahmad, mendakwa dia menjual rumahnya di Shah Alam
sebanyak RM700,000 dan mendapatkan bantuan beberapa rakan untuk
memindahkan wang itu ke Australia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan