HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 Mac 2018

Lebuh Kuantan di China: Adakah China Jual Negara Kepada Malaysia?

Khairul Amir
 
 Lebuh Kuantan

SEBELUM ini kecoh kononnya Malaysia mahu menjual negara ini kepada negara China.

Ia ekoran tindakan kerajaan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan kerjasama ekonomi dengan China.

Persoalannya, salahkah untuk Malaysia dan China untuk bekerjasama dari aspek ekonomi?

Adakah tuduhan pembangkang kononnya kerajaan menjual negara dengan menerima pelaburan dari China berniat jahat dan bertujuan menjejaskan keyakinan pelabur kepada kerajaan dan Najib?

Ini kerana ia tidak mempunyai asas langsung kerana China berada pada kedudukan ke-10 dalam pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia dengan nilai pelaburan sehingga suku ketiga 2017 pada RM15.5 bilion.

Ini juga amat rendah jika dibanding dengan FDI Singapura yang berada pada kedudukan pertama iaitu RM115.7 bilion, Jepun (RM70 bilion) dan Hong Kong (RM47.4 bilion).

Selain itu, Belanda (RM41.5 bilion), Amerika Syarikat (RM36.8 bilion), Switzerland (RM27 bilion), Jerman (RM23.5 bilion), Virgin Island (RM21 bilion), United Kingdom (RM20.2 bilion) dan China (RM15.5 bilion).

Adalah tidak adil membandingkan Malaysia dengan negara seperti Sudan, Sri Lanka dan Kemboja yang hilang kepentingan akibat berhutang dengan China.

Ini kerana kedudukan ekonomi Malaysia adalah jauh lebih kukuh berbanding negara terbabit.

Selain itu, Malaysia mempunyai kemampuan menguruskan hutang selain negara juga mempunyai dagangan langsung luar yang signifikan.

Antara isu yang dimainkan pihak pembangkang adalah berhubung Jalan Qinzhou di Kuantan, Pahang yang mana pembangkang mendakwa Malaysia telah menjual negara ini kepada China.

Pada 21 Mac 2018, jalan yang bernama Lebuh Kuantan telah dirasmikan di bandar Qinzhou, Guangxi, China oleh wakil-wakil dari Majlis Perbandaran Kuantan.

Lebuh Kuantan ini berada di Taman perindustrian Qinzhou China-Malaysia Industrial Park (CMQIP) di bandar Qinzhou di China yang dimiliki 49 peratus oleh Malaysia.

Keluasan CMQIP ialah 3 kali ganda lebih besar dari Taman perindustrian Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Kuantan, Pahang yang dimiliki 51 peratus oleh Malaysia.

Lebuh Kuantan di Qinzhou ini merupakan balas kepada Jalan Qinzhou di Kuantan sebagai penanda semangat program berkembar bandar-bandar Kuantan dan Qinzhou.

Adakah perkara itu membawa maksud China turut menjual kedaulatan negara itu kepada Malaysia?
Isu itu tidak akan berlaku jika semua pihak faham berhubung aspek kedaulatan negara.

Jangan dikatakan Malaysia, negara China pun pasti tidak akan menjual kedaulatan negara berkenaan.
Kedaulatan negara merupakan perkara asas dalam sesebuah negara termasuk Malaysia.

Kedaulatan penting kerana merupakan aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah.

Dalam konteks negara ini, kedaulatan memainkan peranan penting sehingga meletakkan negara dihormati oleh pihak luar.

Namun, isu kedaulatan negara terus dimainkan pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mereka mendakwa kononnya Malaysia menjual kedaulatan negara melalui kerjasama ekonomi dengan negara tembok besar, China.

Sebelum ini, portal berita propembangkang, Malaysiakini melaporkan keluhan penduduk sekitar MCKIP di Kuantan mengenai kewujudan komuniti China yang seolah-olah mendominasi semua bidang pekerjaan di situ.

Sebenarnya, keputusan kerajaan menjalin hubu­ngan ekonomi dan pelaburan den­gan negara republik itu mem­beri keuntungan kepada ke­dua-dua pihak selain melibatkan penyertaan syarikat tempatan.

Malah, projek di MCKIP turut dibuka untuk syarikat tempatan dan bukan se­perti yang dituduh pembangkang kononnya projek tersebut hanya untuk syarikat-syarikat dari China.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan mendakwa negara ini dijual kepada negara China adalah tidak benar dan bermotifkan politik.

Perlu diketahui, hubungan baik Malaysia dengan China di bawah pemerintahan Najib tidak pernah menggadaikan kedaulatan negara.

Pihak yang dengki dan iri hati pasti akan mencipta pelbagai isu demi mempengaruhi rakyat terutama menjelangnya PRU-14 akan datang.

Perkembangan ekonomi negara adalah keutamaan kerajaan, selain demi manfaat negara, ia juga untuk rakyat keseluruhannya.


Tiada ulasan: