HALAMAN SANTAI
Jumaat, 23 Mac 2018
Mahathir! Berapa Juta Bayar Media Asing Guling BN?
SABOTAJ… Dalam sidang media di Parlimen pada Selasa lalu, akhirnya Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui berjaya menggunakan bantuan media asing memainkan persepsi jahat tentang isu 1MDB.
Pengakuan secara terbuka itu sudah membongkar plot konspirasi siapakah dalang sebenar ubah dokumen diperoleh menerusi Xavier Andre Justo untuk mereka cerita palsu mengenai 1MDB sebelum ditularkan luas di luar negara.
Malah pada tahun 2015 lagi, laman Facebook Kelab Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM) sudah mengesahkan menerusi satu posting bahawa Mahathir ada bertemu Justo untuk ambil dokumen terbabit sebelum diedit semula.
Pentadbir akaun SSTDM tersebut dengan penuh perasaan bangganya turut ada menulis: “Kalau sekadar untuk pengesahan, apa salahnya… takkan nak terima saja tanpa dokumen pengesahan melalui perjumpaan empat mata…”.
Pada tahun 2015 lagi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama dengan bantuan Polis Diraja Thailand telah menyiasat Justo yang juga bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi itu dan asalnya ia sekadar kes biasa sahaja.
Namun dalam satu temubual dengan Justo di penjara Thailand, PDRM mendapat maklumat gerakan penggulingan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menerusi pengubahsuaian dokumen 1MDB dan PetroSaudi.
Menerusi transkrip sembang Whatsapp telefon bimbit Justo sendiri turut dijumpai perbualan beberapa orang pemimpin pembangkang, orang kanan Mahathir dan editor portal Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown.
Mereka ternyata berkonspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia dengan mengunakan dokumen palsu itu. Malah dalam satu temubual dengan akhbar The Straits Times, Singapura, Justo menyebut nama Mahathir.
Tokoh pembangkang itu dirujuknya sebagai salah seorang yang terlibat. Justo menyatakan orang kanan Mahathir ada berjumpanya untuk ambil dokumen tetapi akhirnya tidak pula bayar sejumlah wang yang dijanjikan kepadanya.
Lebih teruk lagi dalam perbualan Whatsapp itu Claire berkata mahu raikan kejayaan menumbangkan Najib dengan segelas arak, bahkan wanita British tersebut dilaporkan telah berjumpa secara rahsia dengan Mahathir selepas itu.
Bukan sekali jumpa berswafoto tetapi berkali-kali termasuklah di London semasa sambutan Hari Raya Puasa pada tahun lalu. Dengan pengakuan terbuka Mahathir di Parlimen dua hari lepas itu, ia mengesahkan segala-galanya!
Siapakah dalang terbesar yang beria-ria mahu menumbangkan Najib sejak 2015 lagi jika bukan Mahathir. Beliau sengaja mahu mempergunakan isu 1MDB sebagai bahan modal politik bagi menumbangkan kerajaan demokratik – mynewshub
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan