KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor gagal menangguhkan penyerahan laporan
inkuiri tempatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan persempadanan
semula kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibentangkan
di Parlimen.
Permohonan itu ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.
Ia dilakukan bagi mengelakkan SPR menyerahkan laporan itu, sebaliknya menunggu sehingga rayuan kerajaan Selangor diselesaikan.
Kerajaan Selangor membuat rayuan itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan pada 23 Mac depan.
“Kami hanya minta tangguh, itu saja,” kata peguam kerajaan negeri
Gurdial Singh Nijar kepada pemberita selepas keputusan itu disampaikan
hari ini.
Katanya dipetik Malaysiakini, selepas keputusan disampaikan pada 23
Mac, SPR boleh meneruskan penyerahan laporan itu jika keputusan memihak
pada mereka.
Bagaimanapun, dengan keputusan hari ini, kata Gurdial, SPR boleh
menyerahkan laporannya kepada perdana menteri sebelum keputusan rayuan
diperoleh.
Untuk rekod sebelum ini, Selangor gagal menangguhkan proses inkuiri
tempatan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi parlimen dan DUN
bagi negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan