PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit
dalam perlanggaran kereta api berhampiran stesen Kom Hamada di wilayah
Beheira, Mesir, kelmarin.
Dalam kejadian berkenaan, kereta api penumpang dilaporkan berlanggar
dengan kereta api barang yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh
orang manakala 51 mangsa tercedera.
Wisma Putra, dalam satu kenyataan, memaklumkan rakyat Malaysia yang
memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut boleh menghubungi
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir di talian +20237610013, +2012
00276388 atau emel mwcairo@kln.gov.my.
"Kerajaan Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terbabit," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan