KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengumumkan
beliau bersedia untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
jika Pakatan Harapan (PH) menawarkannya kerusi di peringkat Parlimen.
Katanya, yang memilih kerusi berkenaan kerana mahu meneruskan agenda
masyarakat sivil, selepas mengambil keputusan meninggalkan kumpulan
reformasi pilihan raya itu hari ini.
"Saya lebih memilih kerusi Parlimen. Ia berada di peringkat persekutuan
di mana undang-undang diluluskan. Tidak lebih baik daripada kerusi
Parlimen.
"Jika mereka (PH) tidak memberikan kerusi (persekutuan), saya tidak
akan bertanding," katanya pada pemberita dalam satu sidang akhbar.
Bagaimanapun katanya, belum ada parti dalam PH menawarkannya kerusi lagi.
Maria berkata, beliau akan bertanding sebagai calon bebas atas tiket PH.
Pakatan pembangkang itu mempunyai empat parti iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah.
Maria mengambil alih kerusi Bersih 2.0 daripada Ambiga Sreenevasan pada 2013.
Maria juga sebelum ini pernah ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1980-an.
Selain ditangkap di bawah undang-undang yang sama, Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), atau Sosma, pada November 2016 dam
ditahan dalam kurungan bersendirian selama 10 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan