HALAMAN SANTAI
Khamis, 22 Mac 2018
Muhyiddin Ikrar Bantu DAP Tumbangkan Kerajaan UMNO Johor
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar membantu DAP untuk menumbangkan Kerajaan UMNO di Johor.
Beliau berkata demikian ketika berkempen membantu calon DAP Liew Chin Tong yang bertanding Di Parlimen Ayer Hitam bagi menentang penyandangnya Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Timbalan Presiden MCA.
“Saya nak mengajak semua rakyat. Pergunakan Parlimen Ayer Hitam, bagi sokongan kepada Pakatan Harapan dan Insya Allah Pakatan Harapan boleh membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum yang akan datang,”katanya.
Pada PRU 13, DAP memenangi 4 Kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN di Johor yang merupakan parti dominan di kalangan pembangkang di negeri itu.
Empat kerusi Parlimen DAP adalah Gelang Patah (Lim Kit Siang), Kluang (Liew Ching Tong), Bakri (Er Teck Hwa) dan Kulai (Teo Nie Ching)
Manakala 13 kerusi DUN ialah Jementah (Tan Chen Choon), Bekok (Lim Eng Guan), Tangkak (Ee Chin Li), Bentayan (Chua Wee Beng), Yong Peng (Chew Peck Choo), Penggaram (Gan Peck Cheng), Mengkibol (Tan Hong Pin), Johor Jaya (Liow Cai Tung), Stulang (Chen Kah Eng), Pengkalan Rinting (Cheo Yee How), Skudai (Dr.Boo Cheng Hau), Senai (Wong Shu Qi) dan Pekan Nanas (Yeo Tung Siong)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan