Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempunyai rekod lama sebagai seorang yang anti terhadap penjawat awam ketika menjadi Menteri Besar (MB) Kedah, kata bekas aktivis parti itu, Anina Saadudin.
Menurutnya, ketika menjadi MB Kedah, Mukhriz lebih memberi kepercayaan kepada dua orang kuatnya, Azimi Daim dan Faizal Azumu dalam mentadbir negeri, berbanding dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Ketika menjadi MB Kedah, perkara pertama yang dilakukan oleh Mukhriz adalah melantik sahabat-sahabatnya seperti Azimi Daim dan Faizal Azumu sebagai penasihat dan mengenepikan peranan Kedah (state) Sivil Service (KCS). Mukhriz mempunyai kecenderungan yang tinggi ke arah memperkecilkan peranan pegawai Kerajaan.
Mukhriz menganggap KCS makan gaji buta, sebaliknya beliaulah yang buta perut kerana tidak sedar bahawa KCS adalah jentera pelaksana Kerajaan Negeri yang seperti isi dan kuku dengan Istana Kedah yang terkenal dengan sifat Raja berjiwa rakyat. Maka, seluruh negara menyaksikan bagaimana sifat bongkak dan bodoh sombong Mukhriz telah menjadikan dia seperti “kera sumbang” dalam krisis kepimpinan Kedah hingga menghumban bekas MB Kedah paling pendek tempoh itu untuk melepaskan jawatannya secara terpaksa.
Adun-Adun Kedah perlu menanggung azab menunggu tarikh temujanji untuk berjumpa dengan MB kerana Mukhriz sering “buat-buat sibuk membangun kan Kedah”.
Hakikatnya dia lebih banyak menghabiskan wang rakyat untuk membayar kos pengangkutan, penginapan, makan minum serta semua elaun lain bagi Ahli DUN Kedah yang saban bulan bermesyuarat di Kuala Lumpur.
Mukhriz bakhil dalam membelanjakan wangnya untuk rakyat dan sanggup mengutip derma dari rakyat untuk aktiviti politiknya, tetapi ketika berkuasa, Mukhriz dengan membabi buta nya telah membelanjakan wang rakyat untuk menanggung kos mesyuarat DUN Kedah di KL demi untuk membolehkan dia meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan anak-anak yang tidak betah tinggal di kota kecil seperti Alor Setar.
Mukhriz juga menolak sama sekali untuk menghantar anak-anak nya ke sekolah Kebangsaan di Kedah kerana dia menganggap sekolah Kebangsaan tidak bagus dan guru-guru sekolah kebangsaan tidak berkualiti, berbanding sekolah antarabangsa. Mungkin Mukhriz seorang sahaja produk MRSM yang tidak menjadi!
Jadi, jika Mukhriz kata dia akan pecat pegawai kerajaan yang menyokong BN sekiranya berjaya ke Putrajaya selepas PRU14, percayalah dia akan melakukannya. Sifat bodoh sombong dan gila kuasa telah menjahanamkan Mukhriz samada sebagai MB Kedah, dalam pemilihan UMNO, sebagai Wakil Rakyat kawasan dan sebagai Timbalan Presiden PPBM sekalipun.
Sebenarnya penjawat awam di negara ini tidak perlu takut hingga demam kerana PPBM akan tutup pejabat selepas PRU14. Biarlah budak-budak nak berimaginasi.
Sekiranya Mukhriz menyebut bahawa pegawai-pegawai Kerajaan telah terlibat melindungi penjenayah, tanya kan kembali kepada Mukhriz tentang Laporan PAC dan jika ada mana-mana negara yang telah membuktikan bahawa DS Najib Razak telah dijatuhkan hukuman bersalah. Jika Sarawak Report dan Laporan DOJ yang mahu digunapakai oleh Mukhriz percayalah bahawa Tun M mungkin menjadi PM Malaysia sepenggal dua sahaja pada tahun 1981.
Mungkin Mukhriz perlu membantu A Kadir Jasin untuk menjawab soalan tentang bagaimana Syarikat Realmild yang bernilai berbillion Ringgit dan merupakan harta UMNO itu boleh diletakkan atas nama peribadi Tun M dan A Kadir Jasin pada tahun 2000.
Saya harap mukhriz perlu berhenti cakap bohong dan jelaskan kepada rakyat kenapa beliau meletakkan kawan-kawan nya di dalam kepimpinan Bahagian PPBM. Siapakah yang ingin Mukhriz lindungi? Diri sendiri atau rakyat?
Kenapa Mukhriz menubuhkan PPBM sebulan selepas kehilangan jawatan dalam UMNO? Siapa kah yang mahu Mukhriz selamatkan dalam PPBM pada hari ini? Malaysia atau legasi keluarganya? Apakah tujuan Mukhriz memimpin PPBM? Mahu membela rakyat atau mahu menjadi Perdana Menteri?
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan