HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Mac 2018

Rayuan BR1M bulan hadapan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
CYBERJAYA: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang permohonan mereka ditolak boleh membuat rayuan sekali lagi pada bulan hadapan.
 
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pemohon terbabit boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tindakan lanjut.
 
"Saya dimaklumkan pemohon yang tidak dapat bantuan tersebut boleh membuat rayuan pada April ini. Jadi siapa-siapa yang tidak dapat boleh kemukakan rayuan untuk diproses," katanya selepas merasmikan Hari Hasil 2018 di sini hari ini.
 
Bermula Isnin lalu, proses pembayaran BR1M untuk 7.2 juta isi rumah telah mula diagihkan secara berperingkat dalam tempoh seminggu.
 
Pembayaran itu dibuat secara tiga kali ansuran dengan peruntukan dianggarkan RM6.3 bilion.
 
 

Tiada ulasan: