PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini, mengeluarkan tahanan
reman terhadap seorang jurutera syarikat minyak dan gas bersama
isterinya bagi membantu siasatan berkaitan rasuah berjumlah RM361,000.
Perintah yang bermula hari ini hingga Ahad itu dikeluarkan Majistret
Khir Nizam Jemari, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini, kira-kira jam 9 pagi dengan berbaju lokap SPRM dan bergari.
Pasangan berkenaan dikatakan meminta suapan daripada syarikat
kontraktor bagi melakukan kerja pengujian terhadap paip yang dipasang di
projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR), Sipitang, Sabah tiga tahun lalu.
Suami isteri masing-masing berusia 58 dan 49 tahun itu ditahan SPRM di
rumah mereka di Shah Alam, Selangor pada jam 2 petang, semalam.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang pada waktu itu berjawatan pengurus,
disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai upah melantik syarikat
subkontraktor kepada kontraktor utama bagi menjalankan kerja berkenaan.
Pembayaran rasuah dipercayai dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek
dan akaun syarikat isterinya sebagai upah melantik syarikat berkenaan
melaksanakan projek terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan