KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dihubungi Biro
Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat atau polis Indonesia
berkaitan rampasan kapal layar mewah Equanimity yang dipercayai milik
ahli perniagaan Jho Low di Bali, Indonesia 1 Mac lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak
menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak untuk mengesan
kapal tersebut sebelum ini.
“Kita tidak ada terima sebarang panggilan sebelum ini daripada FBI
mahupun Polis Indonesia berkaitan kapal tersebut,” katanya pada sidang
akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Surat Serah Hak
Pereka Cipta dan Perjanjian Pelesenan Pengkomersialan Produk Inovasi
i-Smart Tactical Vest (i-STV).
Sebelum ini, kapal layar mewah milik Jho Low yang dipanggil Equanimity
itu dirampas di Bali kerana dipercayai dibeli menggunakan dana yang
didakwa diseleweng dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan