HALAMAN SANTAI
Ahad, 4 Mac 2018
Tanpa PAS, Nurul Izzah Yakin PH Mampu Tarik Undi Melayu
Walaupun tanpa PAS, namun Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yakin Pakatan Harapan (PH) berjaya menarik undi Melayu pada PRU 14.
Malah, katanya, jika jentera penerangan yang berkesan, tidak mustahil undi Melayu terhadap PAS akan merosot termasuk di kalangan ahli-ahli dari parti Islam itu sendiri akan turut mengundi PH.
“Orang PAS tidak semestinya akan undi PAS pada PRU14 ini!
“Calon-calon kita, jentera kita buat baik kepada mereka. Beri penerangan kepada mereka, mereka akan undi PH pada PRU14 nanti,” katanya kepada perwakilan PH Perak dalam Taklimat Penerangan dan Komunikasi PH Perak di SSL Trader Hotel, Kamunting Perak hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan Perwakilan PKR yang mengajukan soalan bagaimana untuk berhadapan dengan rakyat untuk menerangkan perihal PAS tidak bersama dalam PH pada PRU 14.
Nurul Izzah berkata sekarang sampai masanya ahli-ahli menerima realiti bahawa PH hanya dianggotai PKR, DAP,PAN dan PPBM serta ketiadaan PAS dalam gabungan tersebut.
“Kita sudah puas pujuk PAS”, katanya.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Presiden PAN,Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PH Perak, YB Chang Lih Kang, Setiausaha PH Perak, V Sivakumar, Datuk Seri Khairuddin Hasan dan YB Senator Siti Aishah Shaik Ismail.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan