Malaysia jatuh tujuh anak tangga kepada kedudukan 62 dalam indeks korupsi global dikeluarkan Transparency International tahun lepas. Laporan itu dikeluarkan pada 22 Februari.
“Sukar untuk menghapuskan persepsi yang korupsi dilindungi di sini (Malaysia) apabila fail yang ditutup peguam negara dibuka di negara lain seperti Switzerland, AS dan Singapura.
“Terutamanya dalam kes melibatkan dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Rakyat hari ini.
Peguam Negara Mohamed Apandi Ali sebelum ini mengatakan kerajaan tidak bercadang mencabar rampasan dilakukan Indonesia ke atas kapal layar milik Low Taek Jho bernilai RM1 bilion minggu lepas.
Menggunakan kes Switzerland dan Indonesia, beliau mengatakan sangat aneh bila Malaysia tidak berminat dalam rampasan itu walaupun nilainya mencecah RM1.4 bilion.
“Adakah polis bersedia merampas Equanimity seperti Indonesia jika kapal layar itu ditemui di perairan Malaysia,” kata presiden PKR dan Pakatan Harapan itu.
Satu lagi kes yang meragukan, kata Wan Azizah adalah pendedahan minggu lepas mengenai rampasan wang sebanyak A$320,000 (RM971,728) dalam akaun bank milik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Wan Ahmad Najmuddin Mohd dilakukan di Australia.
Wan Azizah akan menyambung debat ucapan pembukaan Yang Di-Pertuan Agong pada persidangan keenam Dewan Rakyat ke-13 pagi esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan