Presiden
Pertubuhan Profesional JKR, Zulkifli Ahmad bersama Pengarah Urusan
Syarikat Vertex South, Azurawaty Amar menandatangani memorandum
persefahaman (MoU) bagi bekerjasama dalam bidang pembinaan
insfrastruktur pada Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Trafik di Ibu
Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur. foto AQIRA AZEMI,
KUALA LUMPUR – Penglibatan golongan wanita dalam menceburi
bidang pembinaan mampu menjadikan kaum hawa sebagai kontraktor yang
profesional dan kompeten setanding lelaki.
Ketua Pegawai Eksekutif, Vertex South Industries Sdn. Bhd., Azurawaty
Amar berkata, wanita harus diketengahkan dalam apa juga bidang agar
golongan itu tidak dipinggirkan untuk memimpin sesebuah organisasi
seperti yang dimahukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
ketika mengisytiharkan 2018 sebagai Tahun Memperkasakan Wanita (TMW18).
“Kami menyokong penuh mana-mana wanita yang berani menceburi bidang
kerja sivil dan kejuruteraan awam kerana ia sentiasa seiring dengan
teknologi-teknologi baru yang dapat membantu dalam pembangunan
infrastruktur.
“Kami sentiasa komited untuk memberi peluang pekerjaan, meningkatkan
taraf ekonomi wanita dan membantu lebih ramai usahawan jurutera dalam
industri pembinaan,” katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian
Seminar Pengurusan Trafik di Zon Pekerja – Pergerakan Mobiliti dan
Keperluan Keselamatan di sini hari ini.
Majlis itu disempurnkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk
Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang mewakili Menteri Kerja Raya, Datuk Seri
Fadilah Yusof.
Menurut Azurawaty, dalam usaha memastikan usahawan jurutera wanita
sepertinya berdaya saing, syarikatnya dengan inisitif sendiri mencipta
teknologi baharu dikenali Smartex yang digunakan untuk melakukan
kerja-kerja penambahbaikan jalan.
Katanya, teknik Smartex membolehkan bahan asal membina jalan yang ingin dinaiktaraf boleh digunakan semula. Azurawaty Amar
“Smartex melibatkan kerja memecah dan menghancurkan lapisan turapan
asal diikuti dengan menggaul bahan penstabil sebelum dihampar semula
dalam satu proses.
“Permukaan lapisan roadbase yang baru itu kemudian diturap dengan asphalt.
Teknologi terkini dalam infrastruktur perlu diperkenalkan dan
digunapakai untuk pembinaan jalan kerana dapat mengurangkan kos
pembinaan antara 10 hingga 20 peratus dan meningkatkan kekuatan struktur
pavemen,” ujarnya.
Tambah beliau, teknologi yang diguna mampu mengurangkan kos baik
pulih jalan, sekali gus menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam
menyelenggara jalan-jalan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna.
Dalam pada itu beliau berkata, syarikatnya turut terlibat dalam
pembekalan, pembuatan dan pengedar bahan-bahan binaan bangunan dan jalan
raya seperti Industrial Building System (IBS), Smartex dan produk
premix sejuk (cold premix).
Selain itu katanya, Vertex turut terlibat dalam bidang pembangunan
hartanah termasuk menyediakan sokongan infrastruktur dan servis sokongan
industri kepada pelanggan.
Pada majlis itu Vertex turut menandatangani memorandum persefahaman
(MoU) dengan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dalam
penganjuran seminar tersebut.
Seminar yang berlangsung dua hari bermula hari ini dihadiri seramai 400 usahawan jurutera dari seluruh negara. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan