HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Januari 2019

Bapa Muhammad Adib harap inkues disegerakan demi keadilan

THE MALAYSIAN TIMES



ALOR SETAR: Bapa kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, berharap prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anaknya dapat disegerakan demi mendapatkan keadilan buat anggota keluarganya.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata walaupun tidak mengetahui dengan mendalam mengenai inkues tersebut, tetapi beliau berharap pelaku jenayah yang menyebabkan kematian Muhammad Adib dapat dibawa ke muka pengadilan segera.

“Hari ini sudah 37 hari arwah meninggal, jadi saya harap prosiding inkues dan perbicaraan dapat berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kedah di sini, hari ini.–Bernama

Tiada ulasan: