HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Januari 2019

UMNO, Pas setuju tiada lagi pertandingan 3 penjuru

Nizam Zain
xMGF24012019_PC-ANNUAR-MUSA04-681x454
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media khas sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL
 

CAMERON HIGHLANDS – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan tiada lagi pertandingan tiga penjuru dalam mana-mana pilihan raya khususnya melibatkan UMNO dan Pas.

Beliau berkata, kedua-dua parti Melayu itu telah mencapai konsensus untuk tidak meletakkan ramai calon bagi mewakili parti politik pembangkang termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor pada Mac ini.

“Nampaknya dalam kalangan pembangkang kita ada satu persefahaman, kalau dulu pembangkang berjaya dipecah-pecahkan, masing-masing ada dasar dan cara sendiri.

“Jadi, kalau itu berlaku maka ramalan tadi (tiada tiga penjuru) akan berlaku pertandingan yang sentiasa pertembungan terus

“Antara BN dengan Pas, sudah pun ada persetujuan seperti mana yang disebut oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah Pas awal-awal lagi memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media di Tanah Rata hari ini.

Persefahaman dalam kalangan parti politik pembangkang khususnya UMNO dan Pas boleh dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Antara PRK yang tidak ditandingi UMNO dan Pas secara tiga penjuru ialah PRK Sungai Kandis, PRK Seri Setia, PRK Balakong dan terkini PRK Cameron Highlands.

Sejak PRK Seri Setia, UMNO dan Pas secara terbuka memberi sokongan calon parti Islam itu untuk menentang calon PKR dengan membantu sepanjang tempoh berkempen. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: