HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Januari 2019

Najib gesa SPR dan polis selesaikan siasatan terhadap PH sebelum PRK Cameron

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis supaya menyelesaikan siasatan mereka ke atas tuduhan-tuduhan mengenai dakwaan kesalahan Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Cameron Highlands sebelum hari mengundi.

“Saya harap pihak SPR dan PDRM boleh selesaikan siasatan mereka ke atas tuduhan-tuduhan mengenai kesalahan PH dalam PRK Cameron Highlands sebelum hari mengundi.

“Kes-kes seperti “duit minyak”, kes ugut pengundi orang asli, kes penyalahgunaan aset-aset kerajaan, kes jenayah menghalang calon BN dan kes Timbalan Menteri PH mencerebohi ke dalam kenderaan peribadi calon BN untuk merampas telefon bimbit perlu diselesaikan secepat mungkin.

“Saya risau keputusan PRK ini bakal dibatalkan lagi jika calon PH-DAP menang.

“Nanti PRK ke atas PRK lagi, hanya menyusahkan orang ramai dan membazir duit,” katanya.

PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen itu terbatal dan tidak sah.

PRK berkenaan menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH dan BN serta dua calon bebas.

PH mempertaruhkan M Manogaran yang juga timbalan pengerusi DAP Pahang manakala BN diwakili Ramli Mohd Nor, seorang bekas polis. Dua calon bebas ialah bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan petani tempatan, Wong Seng Yee.


 

Tiada ulasan: