HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Januari 2019

Jaga adab ketika berkempen, kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak 
pernah bertindak kasar ketika Najib hadir berkempen di Cameron 
Highlands. (Gambar Bernama)
 
LIPIS: Jentera parti politik perlu menghormati peraturan pilihan raya dan menjaga adab dan tatasusila ketika menjalankan aktiviti berkempen secara bersih dan profesional.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata adab seharusnya diutamakan bukan sahaja oleh setiap calon, ahli politik tetapi juga penyokong parti yang bertanding.

“Saya harap bahawa apa yang dilakukan ini untuk mengganggu proses meraih undi ini tidak akan diulangi. Ini yang saya sebut jagalah adab kita. Harap kita jagalah adab,” katanya selepas ceramah perdana Pakatan Harapan (PH) di Felda Sungai Koyan 1, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penasihat DAP, yang juga ayahnya, Lim Kit Siang disindir oleh beberapa lelaki semasa berkempen di sebuah restoran di hotel dekat Brinchang, Cameron Highlands.

Tiada ulasan: