THE MALAYSIAN TIMES
CAMERON HIGHLANDS : Menjelang
tarikh pengundian Sabtu ini, Pakatan Harapan (PH) akan menghentikan
serta merta penggunaan semua jentera kerajaan untuk berkempen dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.
Calon PH, M. Manogaran berkata, pihaknya akan menghentikan apa juga
kemudahan kerajaan termasuk kenderaan atau jentera kerajaan yang tidak
selaras dengan panduan undang-undang pilihan raya.
Beliau mengulas rakaman viedo yang tular di laman sosial sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti PH dan Jalur Gemilang.
Sementara itu beliau juga dipetik berkata kempen pilihan raya yang singkat tidak sepatutnya digunakan untuk bangkitkan isu-isu perkauman.
Menurut beliau, tidak berbaloi memecah-belahkan perpaduan di kalangan
rakyat semata-mata terlampau ghairah untuk memenangi pilihan raya.
“Saya berharap pihak lawan (Barisan Nasional) juga harus patuh kepada undang-undang kerana saya juga dapat tahu mereka juga tidak mematuhi undang-udang dalam kempen PRK di sini,” katanya.
Beliau mengulas rakaman viedo yang tular di laman sosial sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti PH dan Jalur Gemilang.
Sementara itu beliau juga dipetik berkata kempen pilihan raya yang singkat tidak sepatutnya digunakan untuk bangkitkan isu-isu perkauman.
“Untuk tujuan menang PRK ini jangan jadi ekstrem sebegitu rupa, janganlah main isu perkauman,” katanya kepada pemberita ketika menziarahi Kuil Sri Subramanier bersempena perayaan Thaipusam di Ringlet dekat sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan