HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Januari 2019

Kenapa nak kisah saya datang Cameron Highlands, kata Najib

Nizam Zain

xMGF24012019_NAJIB-WALKABOUT-RINGLET04-681x454
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) bersalaman dan beramah mesra dengan salah seorang penduduk sekitar ketika sesi walkabout bagi membantu Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Pekan Ringlet, Pahang. foto HAZROL ZAINAL
 

CAMERON HIGHLANDS – Tiada keperluan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bimbang dengan kehadiran Datuk Seri Najib yang datang untuk bantu berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kedatangannya adalah atas permintaan orang tempatan di kawasan tanah tinggi itu.
MGF24012019_NAJIB WALKABOUT RINGLET05
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan 
masa berswafoto dengan salah seorang penduduk sekitar ketika 
sesi walkabout bagi membantu Calon Barisan Nasional, Ramli 
Mohd Noor yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil P.078 
Parlimen Cameron Highlands di Pekan Ringlet, Pahang. foto 
HAZROL ZAINAL
“Kenapa dia nak kisahkan saya, ini hak saya sebagai pemimpin dan saya turun ini kerana permintaan orang tempatan.

“Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan kepada saya, tempat-tempat orang tempatan minta (datang) dan ada yang hantar whatsapp kepada saya secara terus.

“Misalnya saya pergi Pos Betau tadi atas kehendak Orang Asli dan mereka nak saya datang lagi, saya tak pergi tempat yang orang tak nak saya pergi

“Saya pergi tempat yang orang minta saya pergi dan itu hak saya sebagai seorang pemimpin dalam BN,” katanya ketika ditemui selepas melakukan walkabout di pekan Ringlet, di sini, hari ini.
MGF24012019_NAJIB WALKABOUT RINGLET10
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi 
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) 
meluangkan masa menunjukkan kemahiran menggoreng pisang 
ketika sesi walkabout bagi membantu Calon Barisan Nasional, 
Ramli Mohd Noor yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil P.078 
Parlimen Cameron Highlands di Pekan Ringlet, Pahang. 
foto HAZROL ZAINAL
Beliau mengulas kebimbangan Anwar selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam dengan kemunculan beberapa kali Najib ke Cameron Highlands sepanjang kempen pilihn raya di kerusi P078 itu.

Kehadiran bekas Presiden UMNO itu mendapat sambutan luar biasa khususnya oleh masyarakat Orang Asli dan komuniti peneroka Felda seperti Pos Betau, Pos Terisu, Pos Mensun, Kampung Sungai Tiang, Sungai Koyan dan Kampung Keledek.

Najib selaku Ahli Parlimen Pekan juga menegaskan, mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang mempunyai hak untuk turun berkempen dalam kawasan-kawasan pilihan raya.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen secara terbuka ini, sesiapa ada hak. Pembangkang ada hak, Pakatan Harapan (PH) pun ada hak untuk berkempen, tiada apa-apa masalah.

“Biarlah rakyat menentukan siapa pilihan mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette




Tiada ulasan: