Wartawan Watan Online
Tidak kira PAS atau UMNO, umat Islam perlu berhenti bertelingkah dan memulakan lembaran kerjasama baharu dengan memberi kepercayaan kepada wakil agama Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan umat Islam tidak mengira parti sama ada PAS atau UMNO perlu berhenti bertelingkah, umat Is-am wajib bersatu dan memilih pemimpin Islam yang mampu mempertahankan agama dan negara.
“Besar harapan kami bukan sahaja Pas tetapi UMNO dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam melupakan pertelingkahan dan perbalahan, ajak rakyat bukan sahaja Islam beri kepercayaan kepada wakil agama Islam.
“Ingatlah Islam mengajar aspek kerohanian, dosa dan pahala tetapi masalah dosa dan pahala tidak ada dalam DAP, dalam parti bukan Islam,”katanya ketika berucap pada program ceramah Perdana di Dataran Sungai Koyan, Lipis, Ahad.
Yang hadir sama Timbalan Presiden UMNO yang memangku tugas Presisen, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan