HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Januari 2019

Chef Wan minta maaf pada Najib, akui “dirasuk syaitan”

THE MALAYSIAN TIMES




KUALA LUMPUR  : Chef  selebriti yang tersohor , Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengeluarkan kenyataan mahu menampar muka beliau.

Dalam kenyataan panjang lebar di laman Instagram peribadinya, Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail berkata, kenyataan celupar itu dibuatnya ketika dalam keadaan amat marah.

“To DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar saya telah gunakan di waktu saya merasa amat marah!

“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as i have done this morning. Yes saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!” kata Chef Wan.

Namun, dalam masa masa, selebriti itu berkata, semua ahli politik perlu berhadapan dengan semua kritikan secara terbuka dan rasa terhormat.

“Saya telah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada DS (Najib) dan itu sahaja! Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,” tegas Chef Wan.

Dalam laporan media semalam, Chef Wan berkata, beliau mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai

Selain mahu menampar muka Najib, Chef Wan juga melakukan perkara yang sama pada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang disifatkannya tidak menguruskan Felda dengan baik.

“Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

“Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

“Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia,” kata Chef Wan yang dipetik sebagai berkata.

Kenyataan pedas Chef Wan itu berkaitan dengan perasan geramnya yang mendakwa Felda tidak diurus dengan baik oleh Barisan Nasional (BN) yang ketika itu diterajui Najib.

Sementara  Najib  enggan melayan kenyataan yang dibuat chef selebriti Chef Wan.

“Itu Chef Wan, buat apa nak layan Chef Wan?” soal Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis.

Mengulas dakwaan itu, Najib menafikan bantuan yang diberikan kepada peneroka Felda itu adalah rasuah sebaliknya ia bagi membantu masyarakat peneroka.

“Ia bukan rasuah, kita tak bagi rasuah, kita tolong masyarakat Felda sebab mereka dalam keperitan hidup. Sekarang ini pendapatan mereka begitu rendah sekali, ada yang dapat RM74 bulan lepas sahaja, di Sg Koyan ada yang dapat lebih rendah dari itu, macam mana mereka nak hidup?

“Bukan soal rasuah kalau kita tolong bukan soal rasuah, kita tolong semua, kalau dalam Felda kita tolong semua, UMNO ke, PAS Ke, PH ke, kita tolong semua, jadi kalau tolong semua bukan rasuah,” katanya selepas menghadiri program ‘Jom Ride Bersama Saya” di Podium Penchala, semalam.

Tiada ulasan: