Pengarah Pendidikan Melaka, Abu Bakar Sahari berkata 3 sekolah tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan, SK Serkam Darat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Serkam.
“Seramai 20 calon UPSR dari SK Paya Redan ditumpangkan ke Pusat Peperiksaan di SK Paya Dalam. Kita juga membuka 1 pusat peperiksaan baru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota bagi menempatkan 79 calon dari SK Serkam Darat dan 6 calon SJKT Ladang Serkam,” katanya ketika dihubungi pemberita malam ini.
Katanya perubahan lokasi pusat peperiksaan itu setakat ini kekal sehingga tarikh akhir peperiksaan UPSR iaitu pada 12 Sept ini.
Abu Bakar berkata semua pelajar Tahun 1 hingga 5 di ketiga-tiga buah sekolah itu juga diarah bercuti, bagi mengelak terjejas dengan sebarang pencemaran.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pelajar sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah seperti biasa sehingga dimaklumkan.
“Ini kerana 3 buah sekolah ini terletak dalam radius 3km dari lokasi kilang pemprosesan ayam berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pihaknya akan membuat makluman, sekiranya terdapat perubahan dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan