HALAMAN SANTAI

Isnin, 16 September 2019

Isu boikot: Polis diberitahu Guan Eng melagakan Muslim dan bukan Muslim


Gerakan Bangsa Nasional hari ini berjumpa dengan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor bagi meminta Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, untuk membuka kertas siasatan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan akta-akta lain yang berkaitan bagi menyiasat Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Ini berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim di media berhubung isu “boikot produk keluaran bukan Bumiputra” di mana kenyataan-kenyataan ini disyaki bertujuan melagakan masyarakat bukan Islam dan Islam serta mencerminkan PAS dan UMNO sebagai parti rasis dan ekstremis lampau.

 Kalau diselidik, isu ini hanya dimainkan oleh Lim Guan Eng hingga tular kerana dibawa oleh hampir semua media arus perdana yang utama.

Guan Eng secara terang menjadikannya isu politik dan perkauman apabila asyik mengajukan kata dua berbunyi ‘ugutan’ kepada UMNO, PAS, MCA dan MIC.

Pada 1hb September 2019, beliau menyeru PAS dan Umno supaya membantu menghentikan gerakan boikot tersebut dengan berkata ianya mampu menggugat perpaduan negara.

Lim turut berkata sekiranya Umno dan PAS tidak memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu, kedua-dua parti itu patut membantah boikot tersebut.

Kenyataan ini jelas berunsur politik perkauman yang ditujukan khusus kepada UMNO dan PAS.

Pihak PDRM diberitahu bahawa babak perkauman timbul atas sebab-sebab berikut:

1. Kata dua yang diberikan oleh Lim kepada UMNO dan PAS tidak pernah ditujukan kepada parti-parti lain di PH.

2. UMNO dan PAS sebelum ini sering dituduh oleh pemimpin-pemimpin DAP sebagai ekstrim agama.

3. Lim tidak pernah menunjukkan bukti ataupun memberikan sebab munasabah mengapa UMNO dan PAS dilibatkan.

4. Lim secara tidak langsung mencadangkan bahawa UMNO dan PAS “memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu” sekiranya tidak menentang isu boikot.

5. Lim mendakwa MCA dan MIC menjatuhkan maruah mereka dengan meneruskan kerjasama dengan UMNO dan PAS sambil mempersoal keenganan UMNO dan PAS menentang isu boikot.

Kesemua ini mencadangkan Lim sengaja menimbulkan persepsi bahawa UMNO dan PAS terlibat dengan isu boikot kerana “memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu.”

Berdasarkan hujah-hujah ini, saya yakin bahawa tindakan Lim adalah bertujuan melagakan masyarakat bukan Islam dan Islam serta mencerminkan PAS dan UMNO sebagai parti rasis dan ekstremis lampau.

Justeru, bukan hanya tindakan Lim berbau rasis, ianya mengandungi unsur anti-Islam dan mampu ganggu gugat perpaduan negara.

GBN turut meminta pihak PDRM menyiasat Lim bagi menentukan sekiranya berlaku salahguna kuasa memandangkan tindak-tanduknya sebagai menteri mampu mempengaruhi masyarakat bukan Islam untuk membenci masyarakat Islam.

GBN diberitahu bahawa sistem online PDRM di kawasan IPD Subang Jaya sedang menghadapi sedikit masalah dan akan menerbitkan laporan yang dibuat sebaik sahaja sistem tersebut kembali pulih, dijangka lewat malam ini.

Tiada ulasan: